JALI Software  since 1995 (c)                
HOME
COMPILER
DOWNLOAD
PRODUCTS

ENGINEERING
GUEST BOOK

TAZKIRAH
Aqidah
Hati dan Zikir
Amalan Ikhlas
EQ Thinking
Kisah Rasullullah
Kisah saidatina Fatimah

SAJAK
MyBlog

KISAH RASULULLAH
 
SEBAGAI manusia sempurna, Nabi Muhammad saw juga
mempunyai perasaan mendalam di segi kasih sayang,
dapat menangis dan boleh berjenaka.

KASIH ANAK DAN ISTERI

Baginda mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap
para isterinya.

Ada ketika baginda makan minum bersama Saidatina
Aisyah di dalam suatu bekas.

Ketika menyaksikan permainan akrobatik dari Habsyah,
Saidatina Aisyah pernah meletakkan dagunya di atas
bahu Rasulullah. Malah baginda berulang kali
bertanya apakah Aisyah puas hati dengan pertunjukan
itu.

Untuk isterinya Safiah pula, Rasulullah pernah
membongkokkan lututnya untuk dipijak Saidatina Safiah
ketika menaiki kenderaan.

Pada suatu masa, unta mereka tersandung sehingga
mereka berdua hampir terjatuh. Apabila orang ramai
datang untuk menolong,
Rasulullah segera
berteriak: "Wanita mesti ditolong dahulu."


Suatu waktu, anaknya Ibrahim ditempatkan di tingkat
dua rumah seorang tukang besi dalam masa penyusuannya.
Rasulullah pergi ke tempat itu walaupun jauh.
Baginda duduk di sisi bayi itu, meskipun tempat
tersebut dipenuhi asap. Rasulullah membelai dan
menciumnya dengan penuh kasih sayang.

Apabila anaknya, Fatimah, berkunjung, baginda bangun
dan menyambut kedatangannya. Anak-anak Fatimah,
Hassan dan Hussain, merupakan cucu-cucu kesayangan
Rasulullah. Baginda pernah meletakkan mereka di atas
bahunya dan menjadikan dirinya sebagai kuda
tunggangan mainan mereka.

Kepada mereka yang berasa hairan melihat Rasulullah
mencium cucunya Hussain,
baginda menyatakan:

"Seseorang yang tidak mempunyai perasaan kasih
sayang kepada orang lain, maka dia tidak layak
mengharapkan kasih sayang orang lain terhadap
dirinya."


Apabila anaknya Ibrahim meninggal, Rasulullah
menitiskan air mata.

Apabila salah seorang anak perempuannya meninggal di
depan matanya, hamba perempuannya, Ummu Aiman, meraung
sekuat hatinya. Rasulullah segera menghentikannya.

Ummu Aiman menyatakan: "Rasulullah juga menangis?"

MENGALIR AIR MATA

Rasulullah kemudian menjelaskan: "Mencucurkan air
mata itu suatu perasaan yang datang dari rahmat
Allah."


Ketika di perkuburan anaknya, Ummi Kalthum, baginda
juga menangis.

Di hadapan jenazah saudara angkatnya, Uthman bin
Mazoon, baginda mengalirkan air matanya dan mencium
dahi mayat itu.

Mengenai tangisannya itu,
baginda menjelaskan:

"Mata kita berlinangan dan hati kita sedih terharu,
namun kita tidak mampu berkata sesuatu, melainkan
kehendak Allah pasti berlaku."


Rasulullah sering membaca dengan rasa terharu
ayat-ayat Al-Quran berikut:

Hasbunaalahu wa niqmal wakil. (Cukuplah Allah
penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik
pelindung).


Baginda tidak pernah meninggikan suaranya ketika
menangis.

Air matanya berlinangan ketika Abdullah bin Masood
membaca Al-Quran pada Surah An-Nisaa, ayat 41 yang
bermaksud: Maka bagaimanakah halnya orang kafir nanti,
apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (Rasul)
dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu
Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (umatmu).

KETAWA RIANG

Rasulullah mempunyai budi pekerti yang riang dan
menyenangkan, sebagaimana pesannya:

"Andai anda bertemu seorang teman dengan wajah
tersenyum, itu adalah juga suatu ibadat."


Percakapannya yang menarik dan riang gembira lazimnya
menyegarkan orang-orang sekelilingnya, tanpa hilang
keseimbangan dan kesederhanaan. Senda guraunya yang
lembut, tidak berlaku sebarang pertentangan dengan
kebenaran. Tidak pula menyinggung dan tidak
mencetuskan ketawa terbahak-bahak.

Tertawa baginda adalah senyumannya yang lembut,
sekadar tampak giginya saja.

Abu Hurairah pernah bertanya penuh hairan: "Adakah
tuan berjenaka juga dengan kami?"

Rasulullah menjawab: "Ya, aku tidak pernah menyatakan
sesuatu yang bertentangan dengan kebenaran."


Antara beberapa isi jenaka baginda ialah:

Seorang wanita tua mendatangi Rasulullah dan memohon
agar dia diberikan tempat dalam syurga.

Rasulullah berseloroh: "Tidak ada wanita tua yang
akan masuk syurga."

Apabila wanita tua berlalu dengan menitiskan air
mata, Rasulullah menyuruh orang lain yang hadir
memanggilnya dan memberitahu bahawa Allah tidak
mengirim ke syurga orang-orang tua, sebaliknya
berjanji:

"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka
(bidadari-bidadari) dengan langsung. Dan Kami jadikan
mereka perawan-perawan, penuh kecintaan lagi sebaya
umurnya."


Ayat tadi bermaksud mereka yang masuk syurga
dijadikan Allah swt muda terlebih dahulu.

Seorang Badwi sibuk menjalankan tugasnya. Rasulullah
pelan-pelan mendatanginya dari belakang dan menutup
matanya dengan kedua-dua tangannya dan menyuruhnya
meneka.

Badwi itu mulanya terpinga-pinga hendak menjawab.
Kemudian apabila ia mengenalinya, segera ia
menggeselkan bahunya pada dada Rasulullah.

Baginda bersuara: "Siapa nak beli hamba ini?"

"Orang yang beli hamba ini akan rugi!" celah Badwi
itu.

"Tetapi kamu mempunyai harga di sisi Allah," tegas
Rasulullah.


NNature for Purity


Ocean is always blue


Wild Life is always the beauty


The World is always Round