JALI Software  since 1995 (c)                
HOME
COMPILER
DOWNLOAD
PRODUCTS

ENGINEERING
GUEST BOOK

TAZKIRAH
Aqidah
Hati dan Zikir
Amalan Ikhlas
EQ Thinking
Kisah Rasullullah
Kisah saidatina Fatimah

SAJAK
MyBlog

Amalan yang Ikhlas

Sabda Rasullallah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menerima mana-mana amalan kecuali amalan yang ikhlas yang dilakukan semata-mata kerana Allah.
(Riwayat oleh Nasa'I dan Ibnu Umamah)

ULASAN
Ikhlas ialah niat yang tulus atau motif murni "Lil Lah" (kerana Allah) dalam segala amal ibadah dan kerja-kerja kebajikan, juga dalam keengganan melakukan ma'siat. Seseorang yang ikhlas beribadah bukan untuk mendapat sanjungan orang lain dan meninggalkan maksiat bukan kerana takut dihina orang atau takutkan undang-undang negeri tetapi ia berbuat demikian dengan motif yang luhur iaitu semata-mata kerana menjunjung perintah Allah dan mendapat keredaan Nya. Inilah niat murni yang menjadi asas penilaian Allah terhadap segala amalan manusia

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan mereka tidak diperintah melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepadaNya dan berdiri teguh di atas tauhid"


Ini bererti bahawa ibadah yang diperintah dan diterima Allah ialah ibadah yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan bersih dari sikap menunjuk-nunjuk dan berpura-pura untuk mencapai maksud-maksud duniawi. Inilah keihklasan yang disanjung tinggi oleh Allah ketika ia memujikan amalan para hambaNya yang soleh dalam firmanNya.

Yang bermaksud:

"Dan mereka memberikan makanan yang disayanginya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan dan mereka berkata sesungguhnya kami bukannya mahukan balasan dan terima kasih dari kamu"

Motif menunjuk-nunjuk kepada manusia dengan tujuan mendapat penghargaan mereka itulah yang dipanggil RIA' itulah penyakit batin yang memusnahkan amalan ibadah dan kebajikan manusia dan itulah penyakit batin yang menjerumuskan manusia dalam syirik kafi atau syirik halus. Kerana itu ria' dianggap sebagai dosa yang paling besar dan sikap hati yang paling keji. Berkata Al-Manawi "Barang siapa yang berniat untuk mencapai faedah-faedah dunia dari amalannya bukan kerana cintakan Allah dan Akhirat maka ia hanya akan mendapat apa yang diniatkannya sahaja tanpa habuan yang lain lagi"

Walaupun demikian namun lintasan-lintasan fikiran yang timbul tenggelam atau tercetus sekali-sekala di dalam hati seseorang yang mengiringi agar orang lain itu tahu amalan-amalan dan jasa-jasa baiknya tidaklah menjejaskan keikhlasan yang telah terpaku di hatinya, kerana litasan-lintasan fikiran yang seumpama itu tidak dapat dielakkan oleh manusia yang memang sentiasa digoda oleh bisikan-bisikan jahat dari saitan. Kecuali fikiran yang seumpama itu menetap dan bertunjang pada hatinya berulah ia menjadi seseorang yang ria'.

Demikian juga bukan setiap kegemaran untuk memperlihatkan amalan-amalan baiknya kepada orang ramai termasuk di dalam ria' kerana mengkin kegemaran itu dicetus oleh satu maksud yang suci iaitu supaya amalan-amalan yang dilakukannya menjadi contoh teladan yang diikuti oleh orang lain atau maksud menghapuskan sangkaan buruk orang lain bahawa ia telah meninggalkan atau mencuaikan setengah-setengah amalan ibadah, kerana setiap mu'min harus berusaha menjauhkan dirinya dari menjadi sasaran tuduhan dan tohmahan yang bukan-bukan dari orang lain.


Sikap Toleransi
"Carilah kemuliaan di sisi Allah iaitu anda bersabar terhadap orang yang bersikap kasar terhadap anda, dan memberi kepada orang yang tidak memberi kepada anda " ( Diriwayat oleh 'Adi dari Ibn 'Umar )

Huraian.
Hadis ini menggalakkan setiap orang Islam bersikap lapang dada, sabar , bertolak ansur ,niat baik dan bertoleransi dalam hubungan-hubungan sosialnya dangan orang lain. Sikap yang sedemikian adalah perlu untuk kedamaian, ketenteraman dan kejernihan dalam hubungan sesama kerabat, jiran tetangga, sahabat , rakan karib, dan hubungan sesama manusia seluruhnya. Sikap yang sedemikian mencerminkan kebijaksanaan dan kematangan seseorang dalam manghadapi tindakan-tindakan kasar dan biadap, tindakan-tindakan pemulauan dan pemencilan yang mungkin dilakukan kerana sebab-sebab salah faham fahaman dan sebab-sebab emosinal yang kurang teliti.


Kemuliaan yang sebenar ialah kemuliaan di sisi Allah bukan-nya di sisi manusia, kerana itu apabila seseorang bermatlamatkan kemuliaan di sisi Allah maka ia akan merasakan kemuliaan dan maruah dirinya tidak akan terjajas apabila ia mengambil sikap toleransi, merendah diri dan tidak bertindak balas terhadap kekasaran-kekasaran dan kebiadaban orang lain kepada dirinya.

Amalan-amalan Yang Berkekalan.
"Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan , atau Ilmu yang dimanfa'atkan oleh orang , anak yang soleh yang mendoakannya. " (diriwayat oleh Muslim).

Huraian.
Salah satu dari dasar pokok didalam Islam ialah balasan seseorang itu adalah mengikut amalan-amalan yang dilakukan semasa hidupnya sahaja dan ia tidak boleh ditolong dengan amalan-amalan orang lain selepas matinya kecuali dari sumber-sumber amalannya sendiri yang menghasilkan kebajikan dan manfa'at yang berkekalan kepada orang lain selepas matinya yakni amalan-amalan dalam bentuk wakwf yang memberi faedah yang berkekalan atau dalam bentuk Ilmu-ilmu pengetahuan keterampilan dan rekaan-rekaan yang dapat diambil manfa'at oleh orang lain, juga dalam bentuk doa-doa dari anak-anaknya yang soleh.

Hadith ini menjelaskan kelebihan amalan-amalan sedekah jariah, ilmu-ilmu yang berguna dan anak yang soleh. Inilah pelaburan-pelaburan yang menjamin keuntungan di akhirat yang berkekalan walaupun selepas mati , kerana ia merupakan hasil usahanya sendiri.


Dalam sebuah Hadis yang lain diperinci lebih banyak lagi jenis-jenis amalan yang mendatangkan pahala yang tidak berkeputusan. Hadis itu bermaksut:

"Sesungguhnya pahala amalan dan kebajikan yang dicapai oleh seseorang mu'min selepas matinya ialah ilmu pengetahuan yang disebarinya atau anak soleh yang ditinggalnya atau naskah Quran yang dipusakakannya atau masjid yang dibinakannya atau rumah tumpangan perantau yang dirikan atau sungai yang dialirkannya atau derma yang dikeluarkan dari hartanya dalam masa sihatnya dan dalam masa hidupnya akan diperolihi pahalanya selepas matinya"
(diriwayat oleh Ibnu Majah)

Sebetulnya hadis yang panjang ini merupakan pentafsir kepada hadis yang pertama kepada pemberian senaskah Al Quran,pembinaan masjid dan rumah tumpangan perantau dan pengaliran sungai termasuk dalam istilah sedekah jariah belaka.

Rasulullah saw. Dan para sahabatnya telah membuat wakaf-wakaf dalam bentuk membina masjid-masjid , pemberian kawasan-kawasan tanah, perigi, kebun-kebun, kuda-kuda, dan amalan wakaf seperti itu telah dilakukan oleh umat Islam dimerata tempat sehingga hari ini.

Dalam hadis pertama disebut "anak yang soleh yang mendoakannya". Sedangkan dalam hadis yang kedua disebut "anak soleh yang ditinggalkannya" sahaja tampa menyebut mendoakannya. Ini menunjukkan bahawa doa itu bukanlah satu-satunya kebajikan yang boleh disampaikan oleh sianak kepada orang tuanya, malah kelahiran anak yang soleh dalam sebuah masyarakat itu sendiri merupakan satu sumber kabajikan yang besar kepada orang ramai yang akan sampai pahalanya kepada orang tuanya kerana dialah yang menjadi pemimpin, penyumbang hidayah, pembela agama, penyaran kebaikan dan pencegah kajahatan dan kerana setiap anak yang soleh itu tidak akan lupa mendoakan orang tuanya yang meninggal kelak. Dalam hadis yang lain terdapat kenyataan bahawa setiap amalan kebajikan yang dilakukan sianak dengan niat disampaikan pahalanya kepada orang tuanya akan disampaikan Allah.
Sekiranya kita mengharapkan doa anak-anak kita satu waktu nanti , sekarang apakah tugas kita sebagai anak kepada kedua ibubapa kita ?. Sekarang adakah kita sudah menjadi anak yang solah seperti yang dikehendaki. Berapa banyak sedekah kita,berapakah banyak kah ilmu yang kita ajarkan kepada orang dan selalukah kita doakan untuk kedua orang tua kita.


CIRI-CIRI TAQWA
"Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja anda berasa, iringilah perbuatan yang tidak baik dengnan perbuatan yang baik nescaya terhapuslah dosanya, dan bergaul(berkawan) orang ramai dengan perangai(kelakuan) yang baik." - Diriwayatkan oleh Tarmizi dari Abi Zar
Huraian :
Taqwa ialah kesedaran jiwa yang amat sensitif. Ia mendorong manusia sentiasa patuh menjunjung perintah dan menjauhi larangan, serta mendorong manusia cintakan Allah, cintakan keadilan, kebenaran, kebajikan bersedekah, menghormati orang, berakhlak mulia, tidak sombong, cintakan perjuangan menegak agama Allah, cintakan ulama', cintakan orang mukmin dan mendorong mereka agar sentiasa berwaspada dan berhemat menjaga diri dari terlibat dalam ma'siat dan penyelewengan-penyelewengan dan banyak bersangka buruk kepada orang lain dan bergaul dengan orang yang rendah akhlaknya dan sangat sensitif terhadap ma'siat dan akhlak buruk yang dilakukan oleh ahli keluarga mereka. Kerana itu taqwa mesti menjadi pakaian setiap mukmin di mana sahaja mereka berada dikhalayak atau bersendirian.

Andainya terjadi penyelewengan atau terjerumus di dalam kejahatan, maka segeralah ditutup dengan amalan kebajikan supaya dosanya terhapus dan kejahatan itu hendaklah dirahsiakan, kerana sebagai seorang mukmin kita tidak seharusnya berdegil atau terus membiasakan diri melakukan maksiat yanng dilarang Allah, setiap ma'siat mestilah ditebus segera dengan hasanah agar kita benar-benar memperlihatkan penyelesaian dan keinginan kita untuk kembali ke pangkal jalan.

Kewajipan mukmin yang bertaqwa ialah menunjukkan akhlak-akhlak yang mulia dalam segala tindak-tanduk pergaulan dan perhubungan kita dengan orang lain

Sifat Berlemah Lembut

Sesungguhnya Allah sukakan sikap berlemah lembut dalam segala perkara.

Diriwayatkan oleh al-Bukhari.
Tujuannya:
Kata-kata dalam bahawa Arab meliputi makna-makna "baik hati" "timbang rasa", "lemah lembut", "kasihan belas"' "hati-hati" dan "teliti", itulah sifat-sifat yang disarankan oleh Hadith ini supaya dijadikan pakaian setiap mu'min. Allah telah memberi contoh yang sejelas-jelasnya bagaimana ia limpahkan seluruh makhluknya dengan sifat-sifat rahmat, kasihan belas, kemudahan dan kesangannya yang tiada tolak banding yang terkandung dalam sebahagian terbesar iaitu:

Dan Allah telah memperlihatkan kesan-kesan dari sifat-sifatNya Yang Maha Agung itu dalam segala rububiahnya terhadap segala kehidupan makhlukNya. Di bawah naungan sifat-sifat Allah meliputi segala sifat-sifat timbang rasa, lemah lembut, kasihan belas dan pemurah inilah kehidupan dunia ini menjadi begitu selesa kepada seluruh makhlukNya. Oleh kerana itulah Allah menggalakkan manusia selaku makhlukNya yang paling tinggi dan mulia supaya mencontohi sifat itu dengan kemampuannya sebagai manusia dalam segala hubungan mereka dengan sesama manusia dan makhluk-makhluk yang lain, juga dalam segala urusan dan pekerjaannya. Kerana dengan sifat-sifat yang sedemikian mereka akan dapat membangun satu kehidupan kemanusiaan yang amat selesa dan bahagia. Dalam sebuah Hadith yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Berperangailah dengan sifat-sifat Allah yang Rahman" maksudnya contohilah secebis dari sifat-sifat Allah yang Rahman mengikut daya upaya yang dikurniakan Allah pada seseorang manusia, kerana manusia mustahil dapat menyerupai sifat-sifat Allah dan kerana sifat-sifat Allah tidak mungkin menjadi sifat-sifat bagi yang lain dari Allah. Menurut Imam al-Ghazali kesempurnaan sifat Allah dan menghiaskan dirinya dengan

ma'ani sifat-sifat dan nama-nama Allah sekadar yang munasabah dengan hak dirinya sebagai makhluk dan hamba.

Dalam Hadith ini Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa Allah sukakan sikap dan sifat lemah lembut, bertimbang rasa, kasihan belas, hati-hati dan teliti dalam segala perkara, kerana sifat ini sama dengan sifatNya Yang Maha Agung dalam mengendalikan pentadbiranNya atau rububiahNya pada seluruh makhlukNya. Inilah sifat-sifat yang mendekatkan seseorang kepada Allah dan manusia, sedangkan sifat-sifat kasar, kejam, terburu-buru, lokek, kerat hati dan sebagainya merupakan sifat-sifat yang menghancurkan segala hubungan mesra baik dengan manusia atau dengan Allah.
Punca Kelemahan
Sabda Rasullallah yang bemaksud:

"Sifat-sifat yang paling dibimbangi oleh ku berlaku pada umatku ialah perut buncit, selalu tidur, malas dan lemah iman."
(diriwayat oleh ad-daruqatni)

HURAIAN
Dalam hadis ini Rasulullah mengingatkan umat Muslim supaya menjauhi sifat-sifat yang boleh menjahanamkan hidup seseorang itu dan sekaligus melemahkan masyarakatnya. Sifat-sifat itu ialah kerakusan makan, banyak tidur, malas dan kelemahan iman.

Kerakusan makan bukan sahaja menambahkan berat badan yang melamarkan berbagai-bagai penyakit yang merbahaya, tetapi juga akan menghambatkan kecergasan akal dan melemahkan tenaga berfikir dan seterusnya membunuh perasaan khusyu' dalam ibadah.

Selalunya tidur bukan sahaja mewarisi kapapaan rezeki dan ilmu pengetahuan, malah menjadikan hidupnya sia-sia atau seolah-olah berada dalam tahap orang-orang yang mati. Dalam istilah Al-Quran tidur itu suatu "kematian sementara" kerana orang yang sentiasa menyintai tidur itu seolah-olah menyintai kematian.


Kemalasan adalah anak kunci segala kegagalan dan kerugian baik dalam urusan hidup dunia apatah kali dalam amal ibadah terhadap Allah yang menjadi nalai utama hidup seseorang manusia.

Kelemahan iman adalah akibat daripada ma'siat-ma'siat, kejahilan dan menjauhkan dari Allah. Manusia yang lemah iman bukan sahaja menjadi bahan-bahan utama rompakkan syaitan, malah mereka akan dijadikan agen syaitan yang ditugaskan mengheret menusia lain kedalam kejahilan dan kejahatan.

Kerana itu makan banyak, tidur banyak, malas dan lemah iman perupakan empat sekawan yang jarang bercerai. Apabila sifat-sifat itu terhimpun pada seseorang itu maka bererti insaniahnya sedang dalam proses menurut kepada tahap haiwaniah dan apabila sifat-sifat itu itu berkumpul pada satu umat maka bererti umat itu akan mundur dan pupus dan dilanyak oleh musuh dan malapetaka.

Sayang Berpada-pada dan Benci Berpada-pada

Sabda Rasullullah yang bermaksud:
"Kasihkan kesayanganmu berpada-pada kerana boleh jadi satu hari nanti dia menjadi orang kebencianmu dan bencikan musuhmu berpada-pada kerana boleh jadi satu hari nanti dia mungkin menjadi orang kesayanganmu."
( Diriwayat oleh Tarmizi )

HURAIAN

Sikap seseorang Muslim terhadap kawan dan lawan, terhadap orang yang dikasihi dan orang yang dibenci harus berada dalam garisan yang sederhana : "Kasih berpada-pada benci berpada-pada" harus dijadikan garis panduan bagi emosi dan sentimennya yang sentiasa panas dan berkobar-kobar itu.

Sikap melampau sama ada kasih atau terlalu benci menimbulkan berbagai-bagai kerumitan dalam hidup seseorang yang mungkin berakhir dangan penyesalan yang tidak berguna atau meletakkan seseorang dalam keadaan serba salah.

Setiap Muslim harus melatihkan diri mengawal emosi dan sentimen dan jangan membiarkan dirinya dihanyut oleh arus yang kuat dan kencang. Sikap memboros kasih sering menimbulkankan nafsu-nafsu ekspoloitasi pada orang-orang yang dikasihi dan mungkin menimbulkan sikap abai dan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya dan penyelewengannya yang dilakukan oleh orang-orang yang dikasihi yang akhirnya akan membinasakan mereka.

Sikap pemboros benci akan membuatkan seseorang itu hidup dalam prasangka-prasangka yang buruk terhadap orang yang dibenci dan menjadikannya buta dari memendang titik-titik kebaikan dan kabagusan yang ada pada orang yang dibenci itu. Sifat pembenci itu pastilah dilentur dan dipertundukkan kepada hukum-hukum Allah dan dipertimbangkan dengan waras agar kita bener-benar menjadi seorang yang adil dan bijaksana.

Kadang-kadang kebencikan yang membakar jiwa seseorang itu semata-mata disebabkan kerana ia memandang orang yang dibencinya itu dengan kaca mata kepentingannya, semakin banyak kepentingannya terancam semakin besar kebenciannya terhadap orang itu, tetapi walau bagaimanapun perasaan benci tidak dapat menyelesaikan masalah kerana satu-satunya jalan keluar ialah berusaha mencari persefahaman dan kerjasama dengan semangat ikhwan Islamiah.

 

 

NNature for Purity


Ocean is always blue


Wild Life is always the beauty


The World is always Round