JALI Software  since 1995 (c)                
HOME
COMPILER
DOWNLOAD
PRODUCTS

ENGINEERING
GUEST BOOK

TAZKIRAH
Aqidah
Hati dan Zikir
Amalan Ikhlas
EQ Thinking
Kisah Rasullullah
Kisah saidatina Fatimah

SAJAK
MyBlog

Hati Dan Dzikrullah

Adapun kemuliaan dan keutamaan manusia yang mengatasi sejumlah dari bermacam-macam makhluk yang lain adalah disebabkan persediaannya mengenal Allah (ma'rifah kepada Allah).

Sesungguhnya manusia itu menyediakan diri bagi ma'rifah adalah dengan  HATI nya. Tidak dengan salah satu anggota badannya. Maka hatilah yang mengetahui Allah. Dialah yang mendekati kepada Allah. Dialah yang bekerja kerana Allah. Dialah yang berjalan kepada Allah. Dan dialah yang membuka apa yang disisi Allah. Dan sesungguhnya anggota badan itu adalah pengikut, pelayan dan alat yang dipergunakan oleh hati. Dan dipakainya anggota badan itu oleh hati seumpama tuannya memakai hambanya.

Sabda Nabi s.a.w
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah kalbu (hati)."


Hatilah yang diterima disisi Allah apabila ia selamat sejahtera dari selain Allah. Dan hati itu terdinding (terhijab) dari Allah apabila ia tenggelam dengan selain Allah iaitu lupa akan Allah. Hati akan berbahagia apabila ia ingat akan Allah.

Firman Allah yang maksudnya::

"Dan memimpin orang-orang yang bertaubat kepadaNya iaitu orang-orang beriman dan hati menjadi tenteram dengan mengingati (dzikir) Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."(Arrad: 27-28)

Hati akan berbahagia dengan dekat kepada Allah. Maka akan beroleh kemenangan apabila hati disucikan.

Hadith Nabi s.a.w yang maksudnya:
"Tiap-tiap sesuatu ada alat pembersihnya, dan yang membersihkan hati itu ialah dzikir pada Allah."

Hadith Nabi s.a.w yang maksudnya:
" Dzikir itu menyembuhkan hati yakni ubat bagi penyakit hati daripada kelam dosa dan lalai.".


Hatilah pada hakikatnya yang taat kepada Allah. Dan sesungguhnya ibadah-ibadah yang berkembang pada anggota badan adalah cahaya hati.

Beroleh kekecewaan dan kesengsaraan apabila hati dikotorkan dan dirosakkan.
Hatilah yang derhaka, yang mengingkari Allah. Sesungguhnya kejahatan atau kemaksiatan pada anggota badan adalah bekas-bekasnya hati.

Dengan bersinar dan gelapnya hati lahirlah kebaikan dan keburukan zahiriah.
Hatilah akan melahirkan kebaikan dan keburukan anggota tubuh badan kita.

Untuk membersihkan hati perlulah kepada dzikrullah. Sebagaimana Nabi s.a.w telah menceritakan akan alat pembersih hati adalah dzikrullah.

Perlu diingatkan bahawa pekerjaan taat lain perlu dilakukan tetapi dzikir tidak boleh ditinggalkan kerana hati sentiasa berbolak-balik sebagaimana air yang menggelegak.
Maka perlulah kepada satu situasi/kondisi yang sentiasa dalam keadaan dzikrullah sebagaimana keadaannya
Rasulullah s.a.w seperti Sabdanya:

"Kedua mataku menidurkan aku tetapi hatiku tidak tidur"



Firman Allah yang maksudnya:

"Dan sebutlah didalam hati kamu akan nama Tuhanmu Allah (terus menerus siang dan malam) dalam keadaan dhaif dan takutkan Allah, serta tumpukan kepada Allah (muraqabah) dengan sepenuh tumpuan."(Muzammil)

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang telah membersihkan dirinya (dengan iman dan amal soleh). Dan sentiasa menyebut nama Tuhannya Allah dan mendirikan solat. Tetapi (kebanyakan) kamu mengutamakan kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan Akhirat itu lebih baik dan lebih kekal" (Al-A'la)

"Apabila telah selesai sembahyang maka bertebaranlah kamu di muka bumi
dan carilah limpah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung." (Al- Jumu'ah)

Semoga Allah mengurniakan kita menjadi ahli dzikir atau AhliLLAH. InsyaAllah.


Walabagaimanapun kita perlulah belajar akan cara-cara berdzikrullah dari ahlinya sebagaimana sahabat belajar cara berdzikrullah dari Rasulullah s.a.w.

Diriwayatkan bahawa `Ali bin Abi Talib bertanya kepada Nabi s.a.w jalan yang paling dekat untuk sampai kepada hakikat Allah dan keredhaanNya, yang paling afdhal dan paling mudah diamalkan. Nabi s.a.w pun memerintahkan `Ali supaya sentiasa berdzikrullah secara terang dan rahsia.
Akhirnya `Ali meminta Nabi s.a.w mengajarkannya bagaimana cara berdzikrullah itu.
Nabi s.a.w pun mengajarkan `Ali dzikir ..Laa illaha illaLLAH dengan menyebutkan sebanyak tiga kali sambil memejamkan kedua-dua mata baginda dengan menguatkan suaranya. Kemudian `Ali pun melakukan seperti Nabi s.a.w buat itu sambil disemak dan diperhatikan oleh baginda.

Begitulah kitapun perlu belajar akan dzikrullah itu semuaga InsyaAllah dikurniakan kita akan ahliLLAH.

Wallahualam.


(Petikan Shaikh Dalam Ilmu Thariqah - Dr. Jahid Sidek)
(Petikan Ihya Ulumuddin - Imam Al-Ghazali Jilid 4 mengenai Bab Keajaiban Hati)



NNature for Purity


Ocean is always blue


Wild Life is always the beauty


The World is always Round